LOS ANGELES: Individu paling kaya di dunia, Elon Musk kini berada di bawah siasatan pihak persekutuan Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan perjanjian pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion (RM206.89 bilion).

Ia didedahkan oleh syarikat media sosial itu dalam pemfailan di sebuah mahkamah yang telah didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Twitter menyatakan ia meminta peguam Musk untuk mengemukakan butiran komunikasi dengan pihak berkuasa persekutuan beberapa bulan lalu.

Namun, peguam tersebut tidak berbuat demikian.

Sebaliknya pihak hakim mahkamah Delaware mengarahkan pihak peguam memberikan dokumen tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan nama agensi persekutuan yang sedang menyiasat Musk itu. - Sinar Harian memetik laporan agensi