BERLIN: Mereka yang dijangkiti COVID-19 di Jerman kini hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari, kata Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach pada Selasa.

Sebelum ini mereka yang dijangkiti perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Menurut Lauterbach, kuarantin wajib hanya terpakai kepada mereka yang dijangkiti, dan tidak termasuk kontak rapat, lapor Xinhua.

Kes COVID-19 di Jerman pada Selasa terus menunjukkan trend penurunan iaitu 632.2 jangkitan bagi setiap 100,000 rakyat manakala jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam turun kepada 113,522.

-- BERNAMA