Tentera Israel berperang ikut undang-undang antarabangsa, kata Netanyahu

Agensi
November 12, 2023 22:30 MYT
Seorang anggota tentera Israel meninjau persiapan aset pertahanan tentera negara itu yang terus melancarkan serangan darat ke atas Palestin di Semenanjung Gaza. - Gambar REUTERS
BENJAMIN Netanyahu sekali lagi menolak kritikan dan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan lebih 11,000 kematian di Gaza akibat perang negaranya ke atas wilayah tersebut.
Menurut Perdana Menteri Israel itu, pasukan tentera negaranya berjuang berpandukan undang-unang antarabangsa.
"Ini adalah pertempuran antara peradaban dan kekejaman," katanya dalam wawancara dengan CNN pada Ahad.
"Israel berperang mengikut undang-undang antarabangsa. Tentera Israel sedang melakukan tugas yang baik untuk cuba meminumkan kematian orang awam."
Justeru, tegas beliau, komuniti antarabangsa tidak boleh memberikan sokongan moral "kepada kejahatan," tambah Netanyahu. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #undang-undang antarabangsa #tentera Israel #Benjamin Netanyahu