Penerjun udara dengan rekod lebih 18,000 terjunan mencipta sejarah baru, menjadi individu pertama membuat terjunan tanpa payung terjun.

Luke Aikins, melakukan terjunan dari ketinggian 25,000 kaki dan mendarat di atas jaring.

Menurut Aikins, dia mengambil masa dua tahun untuk membuat persiapan dengan bantuan krew terjunan lain.

Video aksi terjunan Aikins di YouTube yang dimuatnaik pengguna ChaZacIsa

“Ia adalah luar biasa... saya terapung-apung. Ianya baru sahaja terjadi, tiada perkataan yang dapat diungkapkan.

“Saya dibantu dengan semua krew di sini untuk merealisasikan perkara ini. Gum Stride membantu saya melakukan ini... ini sangat menakjubkan,” katanya.

Beliau melakukan terjunan dari ketinggian 25,000 kaki dan mendarat diatas jaring.

Penerjun 42 tahun itu mula membuat terjunan tandem sejak berusia 12 tahun dan terjunan solo pada usia 16 tahun.