Tesla panggil balik 360,000 kereta susulan kerosakan perisian FSD

Bernama
Februari 17, 2023 06:40 MYT
Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu.
LOS ANGELES: Tesla pada Khamis memanggil semula 362,758 kereta Tesla untuk membaiki kecacatan pada perisian "Full Self Driving" (FSD).
Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu, lapor tca/dpa.
Bertahun-tahun pengkritik "menyerang" syarikat itu dan mendakwa penggunaan perisian itu berisiko kepada keselamatan awam.
Meskipun pengawal selia dikatakan lambat bertindak namun langkah terbaru itu menunjukkan Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) semakin serius mengenai kenderaan pemanduan sendiri dan keselamatan awam, kata pakar sistem autonomi di George Universiti Mason, Missy Cummings.
-- BERNAMA
#Tesla #penarikan balik #perisian #FSD