BANGKOK: Thailand hari ini menyambut ribuan pelancong asing dari 63 negara dan wilayah berisiko rendah selepas negara itu membuka sempadannya buat kali pertama dalam tempoh 19 bulan dalam usaha untuk merangsang kembali ekonominya yang dilanda pandemik.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kembali sibuk apabila pelancong antarabangsa yang tiba dengan menjalani saringan ketat sebelum mendapat kebenaran masuk, dibantu oleh kakitangan lapangan terbang.
Pelawat yang lengkap vaksinasi dari negara dan wilayah itu termasuk Malaysia akan dikecualikan daripada kuarantin.
Awat Hassan yang terbang dari London adalah antara ribuan pelancong yang lengkap divaksinasi yang tiba di negara itu hari ini.
"Saya sangat gembira dapat kembali ke Bangkok selepas 19 bulan. Saya memutuskan datang ke Bangkok kerana kerajaan negara ini menawarkan pengecualian kuarantin untuk pelancong yang sudah lengkap divaksin.
"Ramai rakan saya memberitahu mereka juga tidak sabar untuk ke Thailand. Pengaturan bebas kuarantin adalah langkah baik untuk memulihkan industri pelancongan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini hari ini.
Selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Phuket juga membuka semula pintunya kepada pelancong hari ini.
Di bawah peraturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap divaksin yang tiba melalui perjalanan udara mesti menjalani ujian calitan COVID-19 di lapangan terbang dan menghabiskan malam pertama mereka di hotel yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Jika keputusan ujian itu negatif, mereka akan dibenarkan melawat wilayah lain di negara ini.
Pelawat dari negara dan wilayah yang akan dikecualikan kuarantin wajib mulai hari ini termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Taiwan dan Hong Kong.
Senarai negara itu akan disemak semula oleh Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan kemas kini seterusnya adalah pada 1 Dis dan 1 Jan.
Akhbar harian Thai English Bangkok Post melaporkan pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn berkata sebanyak 61 penerbangan dijadualkan tiba pada Isnin dengan kira-kira 3,000 penumpang, termasuk 700 warga Thailand yang pulang ke tanah air.
Selain itu, bermula pada 1 Nov, pelawat yang lengkap divaksin dari negara yang tiada dalam senarai negara berisiko rendah boleh melancong ke 17 destinasi pelancongan 'Zon Biru' termasuk Bangkok, Phuket, Krabi, Phang-Nga dan mereka mesti menjalani kuarantin tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain dalam negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Pelawat yang lengkap vaksinasi dari negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia akan dikecualikan daripada kuarantin. - Foto BERNAMA
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.