BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand memberi amaran kes harian COVID-19 boleh mencecah antara 20,000 dan 30,000, bakal mencetuskan "senario terburuk" andai tiada langkah kawalan penyakit yang ketat.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat peningkatan kes harian terbesar dengan 11,784 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 415,170.
Sejumlah 81 lagi kematian turut dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,422 sejak pandemik dikesan Januari tahun lalu.
Jurucakap Jabatan Penerangan Kementerian Luar, Pensom Lertsithichai berkata lonjakan mendadak kes COVID-19 kebanyakannya berkaitan dengan varian Delta yang lebih cepat merebak.
"Dengan kadar vaksinasi yang tinggi, kerjasama daripada masyarakat dalam mematuhi langkah-langkah kesihatan awam, dapat mengelakkan situasi lebih buruk," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, kerajaan akan melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat di 13 zon merah gelap merangkumi Bangkok dan tiga wilayah baharu iaitu Chon Buri, Ayutthaya dan Chachoengsao bermula Selasa hingga 2 Ogos.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata mulai esok, hanya pasar raya, farmasi dan pusat vaksinasi (di pusat beli-belah) sahaja yang dibuka.
Menurut beliau bank, kedai komputer, kedai telefon di pusat beli-belah ditutup mulai esok.
Selain itu, perintah berkurung bermula 9 malam hingga 4 pagi dan perhimpunan melebihi lima orang di zon merah gelap adalah dilarang.
Beliau berkata, pusat pemeriksaan dan saringan turut disediakan zon merah gelap untuk mengelakkan penduduk di kawasan ini pergi ke wilayah lain.
"Tempoh penilaian adalah selama tujuh hari. Sekiranya kadar jangkitan tetap tinggi, kerajaan akan memperketatkan lagi langkah dan sekatan sedia ada," katanya.
Beliau menambah semua kakitangan awam akan bekerja dari rumah sementara syarikat swasta juga digalakkan berbuat demikian.
Sementara itu, Lembaga Penerbangan Awam Thailand (CAAT) akan menggantung semua penerbangan domestik keluar dan masuk ke Bangkok serta 12 wilayah lain di bawah zon merah gelap mulai 21 Julai.
Dalam satu kenyataan, CAAT menyatakan pengecualian dibuat untuk penerbangan perubatan, pendaratan kecemasan serta penerbangan ke Phuket dan Koh Samui, yang berada di bawah program pelancongan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Mulai esok, hanya pasar raya, farmasi dan pusat vaksinasi (di pusat beli-belah) sahaja yang dibuka. - REUTERS/Soe Zeya Tun
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.