BANGKOK: Pensyarah Jimmy Tangjaitrong, 38, tidak teragak-agak untuk menerima suntikan vaksin bagi melindungi diri serta orang di sekelilingnya daripada COVID-19 dan berharap orang lain juga berbuat demikian.
"Vaksin COVID-19 adalah satu perlindungan. Ia tidak dapat melindungi kita 100 peratus namun menurut pakar ia dapat mengelak jangkitan untuk jangka panjang dan mengurangkan risiko kematian.
"Ini mungkin perkara terbaik yang dapat kita lakukan untuk melindungi diri kita sendiri dan orang lain ," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pusat vaksin COVID-19 Sinovac di University of the Thai Chamber of Commerce (UTCC) di Bangkok.
Jimmy adalah antara empat juta penduduk Thailand yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca atau Sinovac sejak pelancaran kempen vaksinasi pada 28 Februari lalu.
Thailand merancang untuk mempercepat vaksinasi, dimulai dengan kempen besar-besaran mulai 7 Jun untuk mencapai 70 peratus daripada hampir 70 juta penduduknya, termasuk tiga juta rakyat asing yang tinggal di negara ini bagi mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Thailand dapat mencapai sasaran itu seawal September.
Kes COVID-19 di Thailand secara relatifnya rendah hingga pertengahan Disember sejak ia bermula di pasar di Samut Sakhon, sebuah wilayah di barat daya Bangkok. Kemudian menyusul penularan baharu pada April, membabitkan kluster tempat hiburan di Bangkok. Varian Alpha yang sangat mudah menular mendorong peningkatan jangkitan di seluruh negara.
Thailand kini sedang bergelut dengan gelombang jangkitan ketiga, yang terburuk di negara ini. Sehingga 3 Jun, sebanyak 169,348 kes COVID-19 dilaporkan dan kematian berjumlah 1,146 sejak ia bermula Januari tahun lalu.
Jangkitan semasa, sejak awal April mencatatkan sejumlah 140,485 kes dan 1,052 kematian.
Pemberian suntikan vaksin dapat dipercepatkan melalui pelancaran kempen besar-besaran apabila vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di Thailand tersedia.
Syarikat Biopharmaceutical AstraZeneca akan memberikan 1.8 juta dos vaksin kumpulan pertama yang dihasilkan dalam negara oleh Siam Bioscience Co., Ltd. (Siam Bioscience) bagi tujuan tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sopon Iamsirithawon berkata Thailand menyasarkan untuk memberi sekitar 500,000 dos sehari.
Setakat ini, Thailand telah memperoleh 61 juta dos vaksin AstraZeneca dan enam juta dos Sinovac China.
Buat masa ini, Thailand berusaha untuk mendapatkan jutaan lagi dos vaksin lain.
Pengarah Institut Vaksin Dr Nakorn Premsri berkata Thailand akan mendapatkan tambahan 10 hingga 15 juta dos vaksin Sinovac yang dijangka mula dihantar bulan ini.
Tambahnya Thailand akan mengimport vaksin alternatif seperti vaksin Sinopharm dan COVID-19 Sputnik V untuk melengkapkan kempen vaksinasi kerajaan.
Dalam usaha untuk meningkatkan vaksinasi dalam negara, berbagai langkah dan strategi telah dilaksanakan seperti menambah 25 pusat vaksinasi di Bangkok.
Kerajaan juga mengubah strategi dengan memfokuskan kawasan dan sektor yang paling terjejas termasuk tempat pelancongan, kem pekerja pembinaan, kilang dan penjara untuk menghentikan penularan.
Bangkok, turut menyasarkan lima juta atau 70 peratus penduduknya akan disuntik vaksin COVID-19 pada Julai untuk mengawal keadaan.
"Sekiranya kita tidak dapat mengendalikan situasi di Bangkok, kita tidak dapat mengawal penularannya di wilayah lain," kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong baru-baru ini.
Namun, masih ramai teragak-agak untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di Thailand. Tinjauan firma YouGov menunjukkan keraguan terhadap vaksin meningkat mendadak.
Dalam tinjauan pada Januari, 83 peratus rakyat Thailand bersedia untuk divaksin, tetapi pada Mei jumlahnya menurun menjadi 63 peratus, lebih rendah berbanding Vietnam, Malaysia dan Filipina masing-masing pada 83 peratus, 77 peratus dan 66 peratus.
Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Thailand, Dr Daniel Kertesz berkata keutamaan akan menjadi kunci kejayaan dalam pelaksanaan vaksinasi Thailand.
"Thailand (ketika ini) berada dalam situasi yang sama dengan kebanyakan negara di dunia, banyak orang mahu divaksin tetapi bekalan vaksin yang terhad melambatkannya.
"Saya berpendapat meletakkan keutamaan akan menjadi kejayaan utama pelancaran vaksinasi Thailand, "katanya pada taklimat mengenai Pelan Vaksin Kebangsaan Thailand baru-baru ini.
Dr Daniel berkata WHO mengesyorkan kumpulan berisiko tinggi dan kumpulan yang terdedah diberi vaksin terlebih dahulu sekiranya bekalann yang ada terhad.
Thailand terus mencatat angka empat digit kes baharu COVID-19 setiap hari selama hampir dua bulan, kerajaan sedang bertungkus lumus menambah bekalan vaksin untuk memerangi gelombang ketiga jangkitan COVID-19 yang lebih cepat merebak.
Kempen vaksinasi harapan tunggal dan yang terbaik untuk merancakkan kembali ekonomi dan kehidupan yang normal. Tiada yang akan selamat sehingga semua orang selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
Thailand merancang untuk mempercepat vaksinasi, dimulai dengan kempen besar-besaran mulai 7 Jun. - Gambar REUTERS
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah kelas laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahklasifikasi laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.