BANGKOK: Bagi golongan penjual dan penjaja di pasar Bangkok, peluh dari ketiak yang membasahi baju mereka sewaktu musim tengkujuh yang lembap berkemungkinan mengandungi tanda jangkitan COVID-19, ujar saintis tempatan.
Agensi berita AFP melaporkan, pasukan penyelidik Thailand sedang membangunkan alat pengesan virus mudah alih yang berpandukan titisan peluh, dan minggu ini sedang diuji cuba dalam kalangan pekerja di pasar Bangkok.
"Daripada sampel itu, kami mendapati bahawa orang yang dijangkiti COVID-19 mengeluarkan sejenis kimia yang khusus.
“Kami menggunakan penemuan ini untuk mencipta alat bagi mengesan bau badan khusus yang dihasilkan dalam peluh mereka yang positif COVID-19,” ujar Chadin Kulsing dari Ubniversiti Chulalangkorn.
Chadin, yang mendakwa ujian itu mempunyai ketepatan 95 peratus, berharap ia akan diguna pakai sebagai alternatif pada harga berpatutan, berbanding ujian calitan mahal yang memerlukan pemprosesan di makmal.
Alat itu bagaimanapun masih dalam peringkat pembangunan, dan kerja penyelidikannya masih belum diterbitkan atau dinilai.
Kumpulan saintis berkenaan menggunakan sejenis alat yang lazimnya digunakan untuk mengesan bahan kimia toksik dalam persekitaran.
Subjek ujian akan meletakkan calitan kapas di ketiak mereka selama 15 minit, sebelum calitan itu dimasukkan ke dalam tiub kaca dan disteril engan sinaran ultra ungu.
"Juruteknik pula akan mendapatkan sejumlah sampel dengan tiub sedutan dan kemudian memampatkannya di dalam mesin analisis untuk memeriksa hasilnya,” jelas Chadin.
Pengambilan sampel memerlukan masa selama 15 minit, sementara hasil ujian boleh didapati dalam masa 30 saat.
Ujian daripada peluh itu amat disenangi para pekerja di pasar Bangkok berkenaan, yang mendakwa kaedahnya lebih 'mesra' berbanding ujian calitan menerusi lubang hidung.
"Ujian menggunakan peluh ini lebih selesa dan mudah kerana saya boleh meneruskan kerja sementara menunggu hasilnya," kata seorang penjual.
Agensi
Fri Sep 10 2021
Ujian daripada peluh itu amat disenangi para pekerja di pasar Bangkok berkenaan, yang mendakwa kaedahnya lebih 'mesra' berbanding ujian calitan menerusi lubang hidung. - Unsplash
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.