KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki misteri bertindak nekad dengan mengantikan kod QR di Masjid Nurul Iman Blok M, di Jakarta Selatan dengan kod QR banknya.

Sejak tular minggu lalu, lelaki terbabit dikatakan telah ditahan oleh pihak polis Indonesia.

Menurut Ketua Umum dan Humas, Masjid Istiqlal, Ismail Chawidu, kejadian berlaku pada hari Jumaat 7 April lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbesar di Asia Tenggara, suspek terbabit dipercayai telah melakukan perkara sama di beberapa masjid di wilayah itu.

Bertindak pantas, pihak pengurusan masjid telah segera memeriksa kod QR tersebut dan mendapati ianya palsu dengan tulisan 'Pemulihan Masjid'.

Lelaki tersebut dikatakan berpura-pura menunaikan solat sebelum bertindak menukarkan kod QR terbabit.

Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit turut mensasarkan Masjid Al Azhar, Masjid Nurullah, dan Masjid Raya Pondok Indah di Jakarta Selatan.