Tiga kanak-kanak maut terkunci dalam kereta

Agensi
Mac 28, 2015 07:59 MYT
Tiga kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta buruk di sini pada Sabtu. -Gambar hiasan
Tiga kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta buruk di sini pada Sabtu.
Kanak-kanak itu dilaporkan sedang bermain bersama rakan-rakan dan bertindak mengunci diri mereka dalam sebuah kereta yang telah lama ditinggalkan di situ, lapor SCTV.
Mayat kedua-dua kanak-kanak itu ditemui di kerusi belakang pada Jumaat, tiga jam selepas mereka keluar bermain, kata ayah kepada seorang kanak-kanak malang tersebut.
Polis percaya mangsa meninggal dunia akibat bahang panas serta kekurangan oksigen.
#bahang panas #bermain #kanak-kanak perempuan #kekurangan oksigen