HUALIEN: Gempa bumi berukuran 6.5 skala Ritcher menggegarkan Hualien yang terletak di timur Tawaian, pada Ahad.

Penduduk turut melaporkan gegaran kuat juga dirasai di ibu kota, Taipei.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan meluas akibat bencana itu dikeluarkan.

Tiada juga kemalangan jiwa yang dilaporkan

Gempa bumi itu melanda timur laut daerah Yilan pada jam 1.11 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 67 kilometer.

Perkhidmatan kereta api bawah tanah ditutup seketika namun beroperasi semula tidak lama kemudian.

Tiada kerosakan pada landasan dilaporkan setakat ini namun pihak berkuasa sedang melakukan kerja-kerja pemantuan bagi memastikan keselamatan pengguna.