Program pemanduan defensif mungkin adalah cara terbaik untuk melengkapkan diri anda kepada pelbagai risiko yang boleh dihadapi ketika di jalan raya. Di sini, seorang peserta dapat mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila, sebagai contoh, terdapat halangan di jalan raya yang perlu dielak dengan pantas.

Ini jelas sekali sangat berguna untuk mereka yang baharu sahaja mendapat lesen memandu, tetapi yang berpengalaman juga boleh mendapat manfaatnya. Ini kerana kaedah memandu sewaktu kecemasan sangat berbeza; dan seperti juga bersukan, latihan dapat menajamkan lagi kecekapan.

Namun yang menjadi penghalang utama adalah kos yang tinggi.

Pemilik model-model Ford bernasib baik kerana mereka akan menjalankan program pemanduan defensif mereka yang dinamakan Ford Driving Skills for Life pada 13 dan 14 Disember 2014. Kos penyertaan? Hanya RM50!

Jumlah penyertaan adalah terhad. Jadi baik lekas sebelum semuanya habis, dan terpaksa tunggu untuk kelas seterusnya. Sila layari laman Facebook Ford Malaysia untuk maklumat lanjut.