Tragedi Sri Lanka: Bom ke-9 dijumpai dekat lapangan terbang

Astro Awani
April 21, 2019 22:50 MYT
Paip PVC yang dimasukkan bahan peledak itu dijumpai di laluan menuju ke Lapangan Terbang Bandaranaike (gambar). -Facebook /@welcometoBandaranaikeInternationalAirpo
Operasi di lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka dihentikan sementara berikutan penemuan sebuah bom paip berukuran dua meter.
Menurut Jurucakap Angkatan Udara Sri Lanka, Gihan Seneviratne, paip PVC yang dimasukkan bahan peledak itu dijumpai di laluan menuju ke Lapangan Terbang Bandaranaike, lapor Bloomberg.
Ia dijumpai beberapa jam selepas siri serangan letupan yang berlaku di hotel mewah dan gereja yang menjalankan upacara Easter di negara itu yang membunuh 207 orang dan mencederakan 450 lagi.
Bom kesembilan itu berjaya dimatikan pakar bom sejurus kemudian.
Tahap keselamatan di lapangan terbang itu ditingkatkan dengan penumpang dinasihat untuk tiba sekurang-kurangnya empat jam sebelum penerbangan bagi menjalani saringan keselamatan tambahan.
#bom paip #Gihan Seneviratne #Hari Easter #Lapangan Terbang Bandaranaike #pvc #tragedi Sri Lanka