PHOENIX: Sebuah trak milik syarikat TuSimple bergerak tanpa pemandu yang duduk belakang stereng dan bergerak sejauh 128. 74 kilometer pada waktu malam di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pemanduan waktu malam pada 22 Disember itu bermula di pekarangan landasan kereta api di Tucson dan bergerak selama satu jam dan 20 minit sebelum berakhir di sebuah pusat pengedaran di Phoenix.

Sepanjang perjalanan, Sistem Pemanduan Autonomi (ADS) TuSimple berjaya menavigasi jalan permukaan, isyarat trafik dan di lorong lebuh raya, menurut syarikat itu.

Perjalanan ini juga merupakan kali pertama trak autonomi kelas 8 itu beroperasi di jalan awam yang terbuka.

Trak itu menggunakan teknologi persepsi syarikat tersebut bagi membolehkan posisi 360 darjah dilihat di sekeliling kenderaan tersebut dengan melibatkan jarak sejauh lebih 914.4 meter.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.