Presiden Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un gagal mencapai sebarang perjanjian penghapusan aktiviti nuklear di semenanjung Korea selepas sidang kemuncak dua pemimpin itu berlangsung di Hanoi Vietnam, kata White House dalam satu kenyataan.

“Kedua pemimpin meluahkan harapan untuk perkembangan positif hubungan dua hala dan menyelesaikan isu utama iaitu penghapusan aktiviti nuklear.

“Tiada perjanjian dicapai setakat ini namun pasukan perunding kedua negara komited untuk bertemu semula di masa depan,” kata jurucakap White House Sarah Sanders.

BACA: Trump tiba di Hanoi untuk hadiri sidang kemuncak kedua Korea Utara-AS

BACA: Donald Trump halang empat wakil media antarabangsa buat liputan

Trump sepatutnya dijadual mengadakan majlis menandatangani perjanjian bersama dengan Korea Utara di akhir pertemuan mereka.

Terdahulu, Jong-un ketika ditanya sama ada bersedia untuk menghentikan aktiviti nuklear, beliau berkata jika negara itu tidak serius, ia tidak akan sertai rundingan berkenaan.