SAN LUIS: Tujuh anggota polis Colombia terbunuh dalam letupan bom di bandar Huila, San Luis.

Dalam satu kenyataan polis Colombia, ia adalah serangan terburuk ke atas polis di bawah kerajaan Gustavo Petro yang mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 7 Ogos lalu.

Pihak berkuasa belum mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam insiden serangan berkenaan.

Pada Sabtu, Presiden Colombia itu tiba di lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada waris terlibat.

Puak penentang kumpulan gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dilaporkan tidak mematuhi perjanjian damai yang ditandatangani dengan kerajaan pada 2016.

Ketika kejadian anggota keselamatan berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke kampung San Luis dan menjadi mangsa pengaktifan bahan letupan berhampiran kawasan itu.

Presiden turut meminta agensi negeri untuk ke wilayah berkenaan bagi mengambil alih siasatan.