Presiden Filipina Rodrigo Duterte menyatakan bahawa beliau akan memecat lebih ramai pegawai tertinggi kerajaan tidak lama lagi.

"Adakah anda tahu berapa ramai pegawai kerajaan yang telah saya pecat? sudah ramai yang telah dipecat.

"Saya akan memecat lebih ramai lagi apabila saya kembali ke Manila," jelas Duterte dalam ucapannya pada ulang tahun ke-16 penubuhan Majlis Tertinggi untuk Perdamaian dan Pembangunan, Inc. di Davao City.

Duterte bagaimanapun tidak memberikan butiran tentang siapa yang akan dipecat kali ini.

Pengumuman Duterte itu datang seminggu selepas jurucakapnya, Harry Roque, berkata Presiden itu akan membuat beberapa perubahan dalam kabinetnya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pegawai rasmi pentadbirannya.

Sebelum ini Duterte telah memecat beberapa pegawai tinggi kerajaan bersabit kesalahan dan tuduhan rasuah dan perjalanan asing yang berlebihan.