Penunjuk perasaan mengadakan bantahan seluruh Amerika Syarikat semalam bertujuan menentang undang-undang Syariah yang disifatkan penganjur sebagai mengancam kebebasan rakyat negara itu.

Bagaimanapun, pengkritik percaya sentimen anti-Islam adalah punca sebenar tunjuk perasaan itu diadakan.

Pertubuhan akar umbi ACT for America, yang memberi tumpuan kepada keselamatan negara, mengadakan tunjuk perasaan di New York, Chicago, Boston, Denver dan Seattle, selain beberapa bandar kecil lain.

Walaupun keadaan tegang tetapi bantahan tidak mencetuskan keganasan dan cuma satu tangkapan dibuat, menurut polis.