Tunjuk perasaan di Nepal tuntut lebih banyak saringan COVID-19

Astro Awani
Jun 13, 2020 23:02 MYT
Polis terpaksa menyembur air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di sekitar jalan menuju ke pejabat perdana menteri. -Bernama
Seramai 200 penunjuk perasaan berkumpul di Kathmandu pada Sabtu, protes terhadap tindakan kerajaan memerangi wabak COVID-19.
Penunjuk perasaan membawa sepanduk "cukup-cukuplah" menuntut lebih banyak ujian saringan dijalankan.
Mereka turut mengecam tindakan rasuah melibatkan pegawai tertinggi dalam pembelian peralatan perubatan dan saringan.
Terdahulu, polis terpaksa menyembur air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di sekitar jalan menuju ke pejabat perdana menteri.
Kerajaan Nepal telah melonggarkan perintah kawalan negara itu untuk membenarkan perniagaan dibuka dan kenderaan dibenarkan bergerak.
Sehingga Sabtu, Kementerian Kesihatan Nepal melaporkan, 5,335 kes dengan 18 kematian akibat COVID-19.
#COVID-19 #gas pemedih mata #Kathmandu #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Nepal #Penunjuk perasaan #ujian saringan