Ketegangan tunjuk perasaan di Hong Kong memuncak selepas polis wilayah itu dilaporkan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan hari ini.

Dalam satu kenyataan, polis mengesahkan seorang aktivis anti tanah besar China telah ditembak di bahagian dada dengan peluru hidup.

Selain itu tembakan gas pemedih mata turut dilepaskan bagi meleraikan kumpulan pro demokrasi yang memenuhi seluruh pelusuk Hong Kong.


Foto Agensi

Sebagai tindak balas, ada penunjuk perasaan bertindak melemparkan bom gas, batu bata dan barangan lain ke arah polis yang berusaha keras menyuraikan mereka.

Beberapa motosikal yang ditempatkan di kawasan berdekatan turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Foto Agensi

Pertempuran di antara ribuan penunjuk perasaan dan polis turut tercetus di beberapa lokasi di bandaraya itu, dan mencederakan 15 penunjuk perasaan yang dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.