WASHINGTON: Twitter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis, lapor Sputnik.
"Hari ini, kami memperkenalkan dasar mengenai salah maklumat ketika krisis - dasar global yang akan membimbing usaha kami untuk meningkatkan maklumat yang boleh dipercayai, berwibawa, dan akan membantu memastikan maklumat salah tidak disebarkan atau disiarkan oleh kami semasa krisis," kata Twitter.
Pendekatan baharu itu akan membantu memperlahankan penyebaran kandungan yang paling ketara dan mengelirukan, terutamanya yang menjurus kepada bahaya, kata Twitter.
Syarikat media sosial itu menjelaskan ia mungkin menambah notis amaran pada siaran, termasuk yang mengandungi: gambaran palsu mengenai konflik; dakwaan palsu berkenaan penggunaan kekerasan atau pencerobohan kedaulatan wilayah; dakwaan palsu tentang jenayah perang atau kekejaman besar-besaran terhadap populasi tertentu; dan maklumat palsu berkenaan tindak balas masyarakat antarabangsa, sekatan, tindakan pertahanan atau operasi kemanusiaan.
Ulasan yang kukuh, usaha untuk membongkar atau menyemak fakta dan anekdot peribadi atau maklumat orang pertama tidak termasuk dalam skop dasar baharu itu, kata Twitter.
Ciapan yang melanggar dasar akan diletakkan notis amaran yang memberitahu pembaca bahawa kandungan itu mungkin palsu atau mengelirukan, tambah Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Pendekatan baharu itu akan membantu memperlahankan penyebaran kandungan yang paling ketara dan mengelirukan, terutamanya yang menjurus kepada bahaya, kata Twitter. - Gambar fail/AP
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
X aktifkan Grok untuk semua pelanggan X Premium
Sekiranya anda melakukan langganan X Premium atau X Premium, anda sudah boleh mengakses penawaran chatbot ini.
Thread uji bayar penghasil kandungan dalam platform
Menerusi program Threads Bonus, kandungan yang menerima 2,500 tontonan akan diberikan bayaran.
X beri calit biru percuma kepada akaun dengan jumlah pengikut premium tinggi
Ini bermakna akaun ini menerima langganan Premium percuma kerana mempunyai pengikut yang membayar untuk akaun Premium.
Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar
Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.
X buang sokongan NFT untuk gambar profil
Pengguna tidak lagi boleh menetapkan NFT sebagai gambar profil.
X dilapor susut nilai lebih 71% berbanding harga pembelian Elon Musk
Berdasarkan penilaian persendirian yang dilakukan oleh Fidelity ini, ia sekali gus membawa nilai X pada hari ini sekitar AS$13 bilion/
Media sosial 'alternatif Twitter', Bluesky perkenal logo baharu
Sehingga ke hari ini, Bluesky masih kekal sebagai perkhidmatan yang boleh disertai dengan jemputan sahaja dan belum dibuka kepada umum lagi.
X alami masalah akses
Laman media sosial X pada 21 Disember 2024 mengalami masalah untuk diakses.