PANELl penasihat luar bagi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat akan bertemu akhir bulan depan untuk membincangkan kelulusan ubat antiviral Merck & Co.

FDA akan bermesyuarat pada 30 November bagi membincangkan keselamatan dan keberkesanan Molnupiravir untuk merawat pesakit COVID-19 bergejala ringan hingga sederhana.

FDA seringkali mengikuti nasihat daripada panel penasihat luarnya, namun ia tidak terikat untuk akur syor diberikan.

Merck awal minggu ini berkata, pihaknya akan memohon kebenaran penggunaan kecemasan ubat Molnupiravir yang sedang dibangunakan bersama rakan kongsi Ridgeback Biotherapeutics.

Ubat ini akan menjadi ubat antiviral oral pertama untuk COVID-19 jika diluluskan oleh FDA.

Pfizer dan AstraZeneca turut sedang membangunkan pil antiviral yang mudah untuk melawan COVID-19.

Rawatan Merck akan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian sebanyak 50 peratus di dalam ujian percubaan terhadap pesakit bergajala ringan hingga sederhana.

Syarikat itu juga baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Malaysia dan Singapura untuk bekalan ubat tersebut.