HOUSTON : NASA akan sengaja 'menghempaskan" sebuah kapal angkasa ke asteroid pada 7.14 malam waktu tempatan (1214GMT) pada Isnin, dalam misi pertama seumpamanya untuk melindungi Bumi.
Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu, dengan sengaja akan menjatuhkan kapal angkasa tersebut untuk melihat sama ada tindakan pemesongan itu mampu menghalang potensi asteroid daripada memusnahkan planet.
"Ia usaha yang sangat rumit. Apa yang kami mahu lakukan ialah menggunakan sebanyak mungkin tenaga daripada DART untuk menggerakkan asteroid," kata ahli astronomi Alan Fitzsimmons, ahli pasukan penyiasat NASA Dart, dalam temu bual, lapor Agensi Anadolu (AA).
Misi DART dilancarkan November lepas dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.
Pada Isnin, para pengawal misi akan menetapkan kapal angkasa terbabit untuk mengemudi sendiri di angkasa lepas pada jarak 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi. Kamera khas dari kapal angkasa akan merakam perlanggaran kosmik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
"DART mengubah fiksyen sains menjadi fakta sains, dan merupakan bukti proaktif dan inovasi NASA untuk manfaat semua.
"Ujian ini akan membantu membuktikan kaedah yang berdaya maju bagi melindungi planet kita daripada asteroid berbahaya sekiranya ia dikesan menuju ke Bumi," kata Pentadbir NASA Bill Nelson dalam satu kenyataan.
Matlamat utama NASA adalah untuk melihat sama ada ia boleh memesongkan laluan asteroid secara manual daripada kemungkinan berlanggar dengan bumi.
"Jika kita berusaha, kita sebenarnya boleh mencegahnya. Itu berbeza dengan kebanyakan bencana alam berskala besar yang lain," kata ketua saintis di Planetary Society, Bruce Betts, dalam satu temu bual.
Kapal angkasa DART akan menyasarkan batu angkasa gergasi (diameter 525 kaki/160 m) yang dipanggil Dimorphos pada kelajuan 15,000 bt sejam (24,140 km sejam). Matlamat NASA bukan untuk melenyapkan asteroid, namun mahu melihat sama ada perlanggaran itu boleh mengubah orbit batu angkasa.
Menurut agensi angkasa AS, belum ada asteroid lebih besar daripada 450 kaki (137 m) melintang dikenal pasti mempunyai peluang besar untuk menghentam planet ini dalam tempoh 100 tahun akan datang.
Oleh itu, walaupun misi DART gagal, saintis akan memperoleh maklumat penting daripada eksperimen ini yang boleh melindungi bumi suatu hari nanti.
"Jika ia tidak mengena sasaran, kita masih dapat kumpul data. Itu sebab kami buat ujian ini. Kami mahu melakukannya sekarang dan bukannya menunggu sehingga wujud keperluan sebenar," kata Andrea Riley dari Pejabat Penyelarasan Pertahanan Planet NASA pada sidang akhbar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Belum ada asteroid lebih besar daripada 137 m melintang dikenal pasti mempunyai peluang besar untuk menghentam bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang. - Gambar hiasan/ NASA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh
Fenomena gerhana matahari penuh tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun
Robot pendarat berkaki enam digelar Odysseus, berjaya mendarat kira-kira jam 6:23 petang waktu AS di kawah bernama Malapert A.
NASA uji parabola hibrid terima isyarat komunikasi radio dan laser
NASA Menguji Parabola Hibrid Yang Menerima Isyarat Komunikasi Radio Dan Laser
Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh
HAMPIR tiga tahun lalu helikopter Ingenuity menjadi objek pertama rekaan manusia yang berjaya terbang di planet selain bumi.
Jet ujian X-59 untuk program pesawat penumpang supersonik senyap didedahkan
Sasaran NASA dan Lockheed Martin ialah X-59 menghasilkan bunyi seperti pintu ditutup sahaja pada kelajuan supersonik.
Misi Artemis ke bulan ditangguh ke 2026
Terdapat banyak komponen yang perlu diuji seperti bateri dan litar yang mengawal sistem hayat penting seperti suhu dan kitaran udara.
Misi UAE ke bulan, Marikh bermula
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan penyertaannya dalam membangunkan modul di Stesen Lunar Gateway NASA Artemis bagi menjalankan misi kembali ke bulan dan Marikh.
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 16 juta km
Pada 14 November, isyarat laser dari Psyche dihantar ke bumi yang pada waktu tersebut terletak 16 juta kilometer jauhnya.
Kapsul bawa sampel asteroid mendarat di bumi
Saintis menjangkakan memperoleh sekurang-kurangnya secawan serpihan daripada asteroid yang kaya dengan karbon, dikenali sebagai Bennu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.