KIEV: Rusia didakwa sedang mengundurkan tenteranya di kawasan tertentu, dipercayai bagi menguatkan pasukannya di bahagian lain di Ukraine.

Jurucakap Angkatan Tentera Ukraine, Oleksandr Shputun berkata, negara itu mungkin mengerah tenteranya yang berada di wilayah pemisah Moldova, Transnistria bagi melancarkan provokasi dan tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Ukraine.

Menurut Shputun, Kementerian Pertahanan Rusia dilaporkan akan mengadakan pertemuan tentera dengan pasukan simpanan bermula 4 April hingga 23 Mei ini.

Ukraine mengambil maklum mengenai penempatan semula tentera Rusia dan bersedia menghadapi lebih banyak provokasi, kemungkinan serangan mahupun tebusan.

Transnistria merupakan antara pangkalan tentera Rusia yang terdekat dengan sempadan Ukraine dan wilayah pemisah itu mula terpisah dari Moldova selepas perang saudara pada awal tahun 90-an.

Bagaimanapun, kebanyakan negara tidak mengiktiraf Transnistria, sekali gus menyaksikan lebih 1,500 tentera Rusia ditempatkan di wilayah itu selepas perang saudara itu berakhir.