KIEV: Ukraine mendakwa Rusia melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas negara itu pada awal pagi Isnin, lapor dpa.

Datuk Bandar Vitali Klitschko mendakwa, sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam serangan di Kiev manakala serpihan dron dilaporkan jatuh di bangunan kediaman.

Menurut pentadbiran tentera, 30 pesawat tanpa pemandu dikesan dan ditembak jatuh di ruang udara ibu negara Ukraine.

Pihak berkuasa tempatan juga mendakwa serangan di bandar Laut Hitam Odessa oleh peluru berpandu Rusia menyebabkan sebuah gudang makanan terbakar.

--BERNAMA-dpa