KYIV: Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.
Perbincangan turut melibatkan perwakilan Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua, memetik Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Rabu.
"Delegasi Ukraine memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa kemajuan.
"Kami bersetuju mengenai butiran dengan setiausaha agung PBB dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Zelenskyy.
Ukraine sedang melaksanakan usaha untuk memulihkan bekalan makanan ke pasaran global.
Perwakilan dari Ukraine, Rusia dan Turkiye mengadakan pertemuan dengan delegasi PBB di Istanbul untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam ke pasaran global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
ZELENSKYY: Delegasi Ukraine memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa kemajuan. Kami bersetuju mengenai butiran dengan setiausaha agung PBB dalam tempoh beberapa hari akan datang. -AP
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Euro 2024: Ukraine sah layak selepas hambat Iceland
Pemain Chelsea, Mykhailo Mudryk adalah wira perlawanan untuk Ukraine.
'Jangan pilih kasih perang di Gaza dan Ukraine' - PBB
Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza selain perang di Ukraine mengikut undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
Ukraine sasar hubungan dagang lebih kukuh dengan Malaysia
Terdapat potensi besar kerjasama kedua-dua pihak terutama dalam industri pertanian dan agromakanan, AI dan teknologi sistem keselamatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ukraine sambut Krismas pada 25 Disember buat pertama kali
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Thailand hantar bantuan bernilai 2 juta baht untuk Ukraine yang dilanda perang
Palang Merah Thailand memperuntukkan siri keempat bantuan kemanusiaan kepada Palang Merah Ukraine bagi memperoleh barangan perlu untuk penduduk.
Ukraine akan hasilkan satu juta dron tahun depan
Angkatan pertahanan Ukraine memerlukan sekitar 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha menangkis serangan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.