RAMALLAH: Upacara peringatan diadakan pada Ahad untuk wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh yang terbunuh ketika membuat liputan operasi ketenteraan Israel di Tebing Bbarat, bulan lalu.

Menurut Ketua Biro Tempatan Al-Jazeera, Walid Al-Omari, pihaknya berjanji akan meneruskan perjuangan bagi membawa keadilan kepada Shireen.

Rangkaian berita Al-Jazeera telah menerbitkan imej peluru yang dikatakan membunuh Shireen.

BACA: Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel

Ia mengenal pasti peluru itu sebagai peluru 5.56mm buatan Amerika Syarikat yang dilepaskan daripada senapang M4, yang biasa digunakan oleh tentera Israel.

Rejim Israel masih menafikan dengan menyatakan jenis peluru itu juga digunakan oleh pejuang Hamas.

Dengan kedua-dua pihak bertelagah berhubung siasatan kematian Shireen, beberapa kumpulan penyelidik dan hak asasi manusia telah melancarkan siasatan mereka sendiri.

Shireen adalah nama terkenal di seluruh dunia Arab kerana mendokumentasikan kesusahan hidup Palestin di bawah pemerintahan Israel, kini dalam dekad keenamnya.