Usaha pembersihan di Siberia diteruskan selepas sekitar 20,000 tan bahan bakar diesel tumpah dari sebuah kemudahan penyimpan loji tenaga.

Tumpahan itu berlaku pada Jumaat lalu di sebuah loji kuasa di bahagian terpencil di bandar Norilsk, di timur laut Moscow.

Bagi membersihkan lapisan atas tumpahan, pakar menggunakan bahan penyerap yang dibuat daripada arang batu untuk menyerap diesel, sementara boom diletakkan di Sungai Ambarnaya untuk menyekat penyebaran berlaku.

Operasi pembersihan sangat penting di sungai itu yang menghubungkan sungai-sungai lain menuju ke Lautan Artik.

Badan penyiasatan jenayah Rusia telah melancarkan siasatan berhubung tumpahan dan seorang pekerja kilang di situ telah ditahan.