SEJUMLAH lebih 2.886 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, menyaksikan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.165 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ia diikuti Amerika Syarikat dengan sebanyak 322 juta dos dan India, 321 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah pemberian dos melebihi 89 juta adalah Brazil sementara United Kingdom melebihi 77 juta.

Manakala Jerman dengan 71.4 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 50 juta dan 49 juta dos vaksin diberikan.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 39 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula melebihi 9.5 juta dos, diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 7.03 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 5 juta dos.