ATLANTA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat melaporkan terdapat banyak kes pembekuan darah yang berpotensi mengancam nyawa dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 Johnson & Johnson.

Sehingga kini, CDC melaporkan telah kenal pasti 28 kes pembekuan darah dalam kalangan 8.7 juta penerima vaksin J&J.

Kondisi pembekuan darah itu turut disusuli dengan tahap platelet yang rendah.

Setakat ini lapor CDC, tiga daripada 28 kes dilaporkan meninggal duna.

Pada 25 April, CDC melaporkan 17 kes pembekuan darah dalam kalangan 8 juta orang divaksin.

Terdahulu, Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi (ACIP) menasihati CDC untuk menghentikan penggunaan J&J bagi membolehkan siasatan dilakukan.

CDC turut melaporkan keadaan ini sama seperti penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Eropah.

Namun pembekuan darah ini tidak dilaporkan dengan penggunaan vaksin Pfizer dan Moderna.

Sebilangan besar kes adalah dalam kalangan wanita berusia 18 hingga 49 tahun.

Hanya enam kejadian pembekuan darah dikenalpasti berlaku kepada lelaki.

Simptom biasanyanya berlaku beberapa hari selepas vaksinasi hingga dua minggu.