LEBIH 4.34 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.4 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 495 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 348 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan Jerman menghampiri jumlah tersebut.

Manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 86 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 72.6 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia dan Filipina lebih 22 juta dos, manakala Thailand lebih 18 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.