Vaksin COVID-19: 4.92 bilion dos didaftarkan di seluruh dunia

Astro Awani
Ogos 22, 2021 22:52 MYT
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 88 juta, jauh meninggalkan negara lain. - Gambar fail
SEJUMLAH lebih 4.92 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin.
Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.93 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 581 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan 361 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.
Manakala Jerman dengan 99 juta dos, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 88 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Malaysia dengan lebih 31 juta dos.
#COVID-19 #vaksin #Amerika Syarikat #China #Brazil #Johns Hopkins University