Vaksin COVID-19: 5.62 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
September 10, 2021 22:40 MYT
Petugas kesihatan membuat pemeriksaan sebelum memberikan dos suntikan vaksin kepada penerima di Bolivia. - Foto fail/AP
Lebih 5.62 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.12 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 730 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 377 juta dos vaksin.
Brazil catat lebih 205 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 141 juta dan 103 juta dos vaksin.
Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 111 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Thailand dengan 38.8 juta, manakala Malaysia dan Filipina dengan lebih 37 juta dos vaksin.
Singapura dengan 8.97 juta dos vaksin.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #China