LEBIH 5.98 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.18 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 833 juta dos  manakala Amerika Syarikat dengan lebih 385 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 224 juta dos sementara Jepun melebihi 154 juta.

Manakala Jerman dan Turki melebihi 105 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 128 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.

Manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.