Vaksin COVID-19: 6.01 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
September 23, 2021 23:12 MYT
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 130 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta. - Foto REUTERS
LEBIH 6.01 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.18 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 840 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 386 juta dos vaksin.
Brazil catat lebih 227 juta dos sementara Jepun melebihi 154 juta.
Manakala Jerman dan Turki melebihi 106 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 130 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.
Manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #China