DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat  melebihi 7.59 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.40 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih satu bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 442 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 281 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 195 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 218 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 86 juta, manakala Filipina 69 juta dan Malaysia melebihi 51 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin didaftarkan.