DOS vaksin COVID-19 yang didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa melebihi 8.20 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.55 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.28 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 469 juta dos vaksin.

Jepun catat lebih 197 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 121 juta.

Mnakala Jerman, Mexico dan Perancis catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 242 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 94 juta, manakala Filipina 91 juta dan Malaysia melebihi 54 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin didaftarkan.