SANTIAGO: Program vaksinasi COVID-19 di Chile membenarkan wanita mengandung untuk menerima suntikan vaksin.

Namun pihak berkuasa kesihatan memaklumkan mereka perlu melebihi tempoh 16 minggu hamil.

Malah, mereka yang mempunyai risiko kesihatan seperti diabetes atau obesiti juga dibenarkan untuk menerima vaksin.

"Ada beberapa kajian yang mendapati bayi yang divaksin akan menghasilkan antibodi (terhadap COVID-19). Jadi bayi ini akan dilahirkan dengan antibodi.

"Saya tahu ada faktor risiko, saya memahaminya, dan saya mengambil risiko itu, tetapi lebih banyak kebaikan daripada risiko selepas divaksinasi," kata Menteri Kesihatan Enrique Paris.

Menurut Paris, vaksin Pfizer-BioNTech akan diutamakan kepada golongan ini.

Manakala wanita berusia 55 tahun ke atas dan lelaki 18 tahun ke atas akan mula menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

Chile setakat ini antara negara di Amerika Latin yang menjalankan program vaksinasi pantas.