Vaksin COVID-19: EU sasar capai imuniti kelompok menjelang Jun

Agensi
April 7, 2021 00:08 MYT
Program vaksinasi perlu merangkumi minimum 70 peratus orang dewasa seluruh populasi sebelum berakhir musim panas. -Reuters
BRUSSELS: Walaupun sebagai pemacu program vaksinasi, Kesatuan Eropah (EU) masih menyasarkan untuk mencapai komuniti imuniti kelompok menjelang akhir Jun ini.
Suruhanjaya Eropah memaklumkan, program vaksinasi perlu merangkumi minimum 70 peratus orang dewasa seluruh populasi sebelum berakhir musim panas.
Bagaimanapun, menurut jurucakapnya, Stefan De Keersmaecker, ia bergantung kepada pengeluaran bekalan vaksin pada suku kedua tahun ini untuk mencapai tahap imuniti tersebut menjelang akhir Jun.
Dengan 107 juta dos sudah diedarkan dan lebih 360 juta bekalan dijadualkan diterima untuk tiga bulan akan datang, EU yakin sasaran itu akan dapat dicapai.
Apa yang lebih penting ketika ini adalah, 27 negara anggota juga perlu memulakan pengagihan vaksin tanpa sebarang kesulitan.
Untuk rekod, pengedaran vaksin di EU mengalami sedikit kesulitan selepas fasa pertama dimulakan sejak Krismas lalu dan menjadi isu politik terbesar di blok itu.
#EU #Kesatuan Eropah #COVID-19 #program vaksinasi #vaksin #imuniti kelompok #Stefan De Keersmaecker #tahap imuniti