TOKYO: Panel Kementerian Kesihatan Jepun mengesyorkan dan meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech kepada golongan kanak-kanak seawal usia enam bulan.

Negara itu pada Januari lepas memperluaskan penggunaan vaksin kepada mereka yang berumur seawal lima tahun.

Bulan lalu, pihak berkuasa kesihatan mula mengeluarkan dos penggalak Pfizer dan Moderna yang mensasarkan varian Omicron.

Panel itu juga mengesyorkan kelulusan versi vaksin Pfizer yang menyasarkan subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron.

Dalam perkembangan yang sama, syarikat farmaseutikal Moderna sedang mendapatkan kelulusan Jepun bagi dos vaksin kedua-dua subvarian itu.