Sejumlah lebih 3.43 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.37 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 379 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 332.9 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan United Kingdom serta Jerman dengan 81 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 51 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula masing-masing 12.9 dan 12.3 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 11.3 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.