RIO DE JANEIRO: Kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di Brazil mula menerima vaksin COVID-19 pada Isnin.

Pegawai Kesihatan Brazil memaklumkan, kira-kira 560,000 kanak-kanak akan diberi vaksin sehingga 9 Februari ini.

Dalam satu tinjauan di Rio de Janeiro, kanak-kanak yang sudah menerima vaksin membawa pulang sijil keberanian.

Janji temu vaksin turut diselaraskan iaitu bagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mereka akan menerima suntikan pada setiap Isnin.

Manakala kanak-kanak lelaki pada Selasa dan hari ketiga adalah bagi kanak-kanak terlepas janji temu.

Manakala vaksinasi bagi kanak-kanak berusia 10 tahun bermula 20 Januari.

Ia akan disusuli peringkat umur seterusnya sehingga 5 tahun.

Kanak-kanak dengan komorbiditi akan tetap diberi keutamaan.

1.2 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech khusus untuk kumpulan ini tiba di Brazil minggu lalu.

Kelulusan vaksin bagi golongan ini oleh Pengawal Selia Kesihatan Brazil (Anvisa) dikrititik hebat oleh Presiden Jair Bolsonaro walaupun beliau sendiri belum lagi mengambil sebarang dos vaksin.