LEBIH 3.46 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.38 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 380 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 333 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman dengan 81 juta dos.

Poland dengan 61 juta dos dan Perancis 59 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 51 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula masing-masing 13 juta dan 12.5 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 11.7 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.