LEBIH 3.67 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.46 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 411 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak 337 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan 71 juta dos dan Perancis lebih 65 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 58 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Manakala Filipina dan Malaysia kini lebih 15 juta dos.

Thailand lebih 14 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.