Vaksin COVID-19: Lebih 4.26 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
Ogos 4, 2021 22:38 MYT
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 69 juta. -Foto fail/REUTERS
LEBIH 4.26 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.68 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 478 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 346 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dengan Jerman menghampiri jumlah tersebut, manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 86 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 69 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Malaysia sebanyak 21 juta dos, manakala Filipina lebih 20 juta dos diikuti Thailand lebih 18 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.
Vaksin COVID-19 | Jumlah dos didaftarkan seluruh dunia 4.26 bilion
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #Thailand #Filipina #United Kingdom #Amerika Syarikat #China #Indonesia #Jepun