Vaksin COVID-19: Lebih 5.77 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
September 15, 2021 22:18 MYT
China kini mendahului dengan lebih 2.15 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. - Foto fail/REUTERS/Thomas Peter
LEBIH 5.77 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.15 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 765 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 380 juta dos vaksin.
Brazil catat lebih 214 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 147 juta dan 104 juta dos vaksin.
Manakala Turki dan United kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 117 juta dos, diikuti Thailand dan Malaysia dengan lebih 40 juta.
Manakala Filipina dengan lebih 39 juta dos vaksin dan Singapura dengan 9 juta dos vaksin.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #China