LIMA: Presiden Peru, Pedro Castillo, berikrar akan mempercepatkan program vaksinasi negara dalam kalangan guru di kawasan bandar bagi memudahkan proses pembelajaran secara bersemuka.

Kata Castillo, vaksinasi adalah syarat utama untuk guru kembali mengajar di sekolah.

Rancangan vaksinasi untuk guru ketika ini tertumpu kepada sekolah di kawasan bandar, selepas kempen nasional mencapai lebih daripada 60 peratus kakitangan sekolah di luar bandar.

Beberapa sekolah di luar ibu kota telah kembali ke membuka sesi pengajaran di sekolah.

bBgaimanapun kebanyakan sekolah di Peru masih berjalan secara dalam talian.

Masih belum ada tarikh rasmi sesi pembelajaran di bilik darjah diumumkan pihak berwajib di  Peru.

Peru telah mencatatkan lebih dari 2 juta jangkitan dan kira-kira 198,000 kematian sejak bermulanya wabak itu.

Kira-kira 25.46 peratus daripada 32 juta penduduknya sudah divaksinasi sepenuhnya.