VAKSIN Sputnik V yang dihasilkan oleh Rusia mula diedarkan di Karaganda, Kazakhstan pada Isnin.

Ia mula diedarkan di kompleks farmasi di wilayah tersebut selepas perjanjian untuk mengagihkannya dimeterai antara Presiden Rusian, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya di Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev.

Setakat ini, dua juta dos vaksin sudah dipesan dan proses vaksinasi di negara itu dijangka akan bermula Februari tahun depan.

Awal bulan ini, proses vaksinasi besar-besaran bermula di Rusia dan pada masa sama vaksin Sputnik V masih lagi melalui kajian lanjutan bagi mengkaji keberkesan dan keselamatannya.

Namun, Rusia dikritik pelbagai pihak kerana memberi kelulusan terhadap vaksin itu pada Ogos selepas hanya menjalankan ujian terhadap puluhan orang sahaja.