Vaksin COVID-19: 5.32 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
September 1, 2021 22:03 MYT
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 99 juta dos, jauh meninggalkan negara lain. - Foto BERNAMA
LEBIH 5.32 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.06 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 654 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 370 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, Jepun dan Jerman.
Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 99 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Malaysia dengan lebih 34 juta dos.
Filipina dengan 33 juta dos dan Thailand pula melebihi 32 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #China